Khamis, 16 Ogos 2012

Cara-cara Selumbat Kelapa Guna Tangan

Ini adalah teknik yang diajar salah seorang daripada kawan admin. Bila ditanya siapa ajar? Dia cakap tok guru silat dia ajar. Ni cara orang dulu-dulu kopek kelapa kalau tak jumpa tool.

Boleh ke? Boleh je selumbat kelapa guna tangan, cuma sakit dan sengal2 kit la jari jemari pas selumbat kelapa tu. Aku ingat memula adala pakai ilmu batin, ayat-ayat atau ilmu ghaib macam pemain kuda kepang yg kene rasuk tu. Rupanya simple je...

Teknik selumbat kelapa pakai tangan:
1) Buang tampuk kelapa
2) Henyak-henyak atau penyekkan kawasan kulit berhampiran bekas tampuk kelapa
3) Siat liang2 yang dah kelihatan terkeluar/ merekah, sedikit demi sedikit guna tangan
4) Teruskan siat dan siat sapai siap!

Tips ni ntuk kelapa tua je. Kalu kelapa muda wat camni kompem blm apape air da tekeluar sebab pecah, sbb tempurung kelapa muda lembut, br ketuk sikit buah kelapa tu dah pecah. Tapi sesape yg ada skill bole je buat kot. Yang guna gigi belah kelapa muda pn ada...Hehe..




Kenapa pakai tangan. Pakai selumbat (Selumbat = Kupas) je kelapa tu kan cepat??
Huhuu..Sebabnya masatu xda selumbat...bedal je apa yg ada sambil terai teknik ni.



Siat! tekial-kial ...



Nilah antara scene-scene menyelumbat kelapa guna tangan, da nk siap wat keje br tepikir nk amik gambo n update kat blog haha!

Okey berjaya dah ni. Siap dah!! tadaaaaaaa.....



Ha? sampah?? tu ha...kak, saye da sumbat sumernyer dalam tong sampah kat bawah tu!! Kelapa saya dah letakkan atas meja besusun tu. Harap ptg jadilah lodehnya yg nak dibuat tu ye..



P/S: Kepada pengunjung blog, cube teka kat mane??



Tiada ulasan:

Catat Ulasan